Jumaat, 9 November 2012

Selasa, 16 Oktober 2012

Kata banyak makna

Kata
Makna
Contoh Ayat
akal
fikiran
ikhtiar
1. Budak itu mempunyai akal yang tajam.
2. Pak Ali sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu.
alamat
tanda
butir-butir keterangan
1. Bunyi guruh di langit alamat hujan akan turun.
2. Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya.
daki
panjat
kotoran yang melekat
1. Pasukan Pengakap akan menyertai mendaki Gunung Tahan pada minggu depan.
2. Ahmad mencuci daki pada badannya dengan sabun.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pantun

Berburu ke padang datar,
   Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
   Ibarat bunga kembang tak jadi.

Tugasan 3 KRT3013


Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.

Fungsi Bahasa Melayu


• Menyatukan rakyat
• Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
• Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di  
  dalamnya.
• Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan
  hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan
  penuh dengan kesetiaan kepada negara.
• Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia
  sebagai alat perpaduan kaum.