INFO BAHASA
Selamat Datang ke Blog Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Selasa, 20 November 2012
Selasa, 16 Oktober 2012
Kata banyak makna
|
Kata
|
Makna
|
Contoh
Ayat
|
|
akal
|
fikiran
ikhtiar
|
1.
Budak itu mempunyai akal yang tajam.
2.
Pak Ali sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu.
|
|
alamat
|
tanda
butir-butir
keterangan
|
1.
Bunyi guruh di langit alamat hujan akan turun.
2.
Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya.
|
|
daki
|
panjat
kotoran
yang melekat
|
1.
Pasukan Pengakap akan menyertai mendaki Gunung Tahan pada minggu depan.
2.
Ahmad mencuci daki pada badannya dengan sabun.
|
Jumaat, 12 Oktober 2012
Pantun
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Tugasan 3 KRT3013
Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada
14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan
MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar
dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.
Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.
Pilihan
matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran
utama yang ditugaskan di sekolah.
3.
Pastikan nama,
foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan
blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa
dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.
Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti
nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5.
Libatkan
pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan
yang dipaparkan.
6.
Sediakan pautan
kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd,
bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog hendaklah
dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Fungsi Bahasa Melayu
• Menyatukan rakyat
• Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang
mendiami negara ini
• Menggalakkkan pertubuhan satu corak
kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di
dalamnya.
• Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu
pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan
hasrat membentuk
satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat
dibanggakan dan
penuh dengan kesetiaan kepada negara.
• Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa
harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia
sebagai alat
perpaduan kaum.
Langgan:
Catatan (Atom)
